Ketahuai lah Serba Sedikit..Apakah itu Radikal Bebas?
Radikal bebas telah diketahui sebagai penyebab lebih dari seratus macam penyakit yang terdapat pada manusia dan binatang meliputi dari penyakit artritis reumatoid dan renjatan pendarahan kepada sindrom kekurangan daya menahan penyakit (AIDS). Dalam keadaan lain, radikal bebas memainkan peranan yang penting dalam proses penyakit.
Radikal bebas ialah sebarang molekul yang mengandungi satu atau lebih elektron tanpa pasangan. Contoh radikal bebas termasuk :-
1. Superoksida (O²)
2. Hidroksil (OH)
Radikal bebas merupakan molekul yang paling reaktif yang boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel. Komponen sel biasanya rosak akibat serangan radikal bebas termasuk asid lemak poli tak tepu dalam membran sel, protein seperti enzim dan pengankutan ion membran dan asid nuklear deoksiribosa (DNA).
Bagaimanakah Radikal Bebas Wujud?
Radikal bebas sentiasa dihasilkan dalam tubuh manusia melalui cara berikut :-
1. Kebanyakannya wujud dari tindak balas redoks biokimia melibatkan oksigen dan merupakan sebahagian
dari metabolisma sel yang normal.
2. Akibat kerja fagosit sebahagian daripada tindak balas proses radang terkawal.
3. Kadangkala sebagai reaksi akibat pendedahan kepada radiasi pengionan, sinar ultra ungu, pencemaran
alam sekitar, asap rokok, hiperoksia, bersenam keterlaluan dan iskemia.
Setiap kali terbentuknya radikal bebas dalam badan dengan spontan ia boleh memulakan tindak balas berantai yang bersiri. Radikal bebas hanya akan berakhir kesannya jika bertindak balas dengan radikal bebas yang lain atau lebih tepat lagi akibat tindakan dari sistem anti pengoksidaan.
Peranan Radikal Bebas Dalam Penyakit..
Radikal Bebas yang terdapat dalam tubuh manusia memainkan peranan penting dalam serangannya terhadap sel dan organ yang boleh mengakibatkan kesan yang serius dan dalam jangka panjang berkemungkinan akan menyebabkan penyakit yang tertentu seperti berikut :-
Hidroksil (OH)
Radikal yang paling reaktif yang boleh menyerang semua molekul biologi
Superoksida (O²)
Radikal kurang reaktif yang boleh bergerak dalam darah lalu menyerang berbagai-bagai sasaran biologi. Superoksida juga bertindak sebagai vasodilator dan mungkin berperanan dalam signal intrasel dan pengawalan pembiakan.
Nitrik Oksida (NO)
Bertindak ke atas sel otot halus dalam dinding saluran darah menyebabkan kekanduran
Hidrogen Peroksida (H²O²)
Mudah menyerang membran sel dan mengakibatkan pencurahan genetik virus seperti HIV dalam sel yang terjangkit. Hidrogen peroksida ini cuma melibatkan sebilangan kecil sel sasaran tetapi boleh menjadi agen menghasilkan radikal hidroksil yang merbahaya.
Penyakit-Penyakit Yang Berhubung Kait Dengan Radikal Bebas.
Spesis Oksigen Reaktif (ROS) merangkum radikal bebas seperti O², OH dan terbitan oksigen bukan radikal seperti hidrogen peroksida (H²O²) dan asid hipoklorus (HOCI). Semua oksigen reaktif ini boleh terlibat dalam tindak balas yang menghasilkan spesis radikal bebas. Radikal bebas yang tidak stabil ini menyerang komponen sel menyebabkan kerosakan terhadap lemak, protein dam DNA yang menjerus kepada bermulanya rangkaian kejadian yang menyebabkan punca penyakit.
Banyak jenis radikal bebas dan spesis oksigen reaktif telah diketahui sebagai penyebab kepada perkembangan penyakit. Penyakit ini termasuklah kanser, penyakit jantung kardiovaskular, kencing manis, ketidaksuburan lelaki, buah pinggang, katraks, proses penuaan dan lain lain lagi.
Kanser.
Banyak pengkajian eksperimen menunjukkan bahawa kerosakan terhadap peringkat asid nuklear yang dikaitkan dengan radikal bebas telah menyebabkan kanser. Kajian epidemiologi juga membuktikan bahawa tahap anti pengoksidaan dalam darah yang tinggi daripada pengambilan mikronutrien yang berkhasiat dalam suplemen makanan telah dikaitkan dengan kurangnya insiden penyakit kanser. Spesis oksigen reaktif dari sumber endogenus dan eksogenus dibuktikan kerosakkan DNA. Pertahanan anti pengoksidaan dapat melindungi dari kerosakkan tersebut dan kekurangan anti pengoksidaan berhubung kait dengan risiko tinggi mendapat penyakit kanser.
Penyakit Jantung Kardiovaskular
Radikal bebas yang berlebihan menjadi punca penyakit ateroskelerosis dengan kesan kerosakan terhadap dinding saluran darah. Lipoprotien kepadatan rendah (LDL) teroksida akibat radikal bebas bergerak ke arah dinding arteri dan menarik makrofaj yang menyerapi dan mengumpul lemak kolestrol. Beberapa pengkajian epidemiologi telah menunjukkan berkurangnya insiden penyakit jantung kardiovaskular di kalangan pesakit yang menerima suplemen makanan yang mengandungi anti pengoksidaan.
Kencing Manis.
Radikal bebas reaktif telah di kaitkan dengan penyebab sumbangan terhadap kemusnahan sel islet pankreatik. Kajian epidemiologi telah menunjukkan bahawa pengaut radikal bebas seperti nikotinamida berperanan menjadi pelindung.
Ketidaksuburan Lelaki.
Tahap spesis oksigen reaktif yang tinggi terdapat pada ketidaksuburan lelaki disebabkan tidak seimbang antara penghasilan spesis oksigen reaktif dan komponen anti pengoksidaan. Spesis oksigen reaktif memulakan pengoksidaan lemak dan pengumpulan peroksida lemak dalam membran sperma yang menyebabkan penurunan pergerakan keberdayaan sperma. Spesis oksigen reaktif tidak dapat dikesan pada sperma lelaki yang subur dan azoospermik Kerosakan pengoksidaan DNA dalam sperma manusia yang berhubung kait dengan merokok telah dibuktikan dari kajian terhadap kadar hidroksideosiguanosina.
Penyakit Buah Pinggang.
Kebanyakkan pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan dialisis telah menunjukkan pemindahan anti pengoksidaan bermolekul kecil dari darah. Ini mendedahkan pesakit tersebut kekurangan perlindungan daripada serangan radikal bebas dan boleh menambah peroksidaan komponen sel. Kadar malondialdehida (MDA) yang tinggi telah di kesan dalam darah merah pesakit yang menerima rawatan dialisis dan menunjukkan peninggian aktiviti peroksidaan lemak.
Proses Penuaan.
Proses penuaan disebabkan oleh tindak balas radikal bebas, dihasilkan dalam mitokondria yang berkumpul mengikut umur. Radikal bebas menyebabkan pengoksidaan komponen protein dan lemak secara progresif dalam membran sel dan termasuk juga fosfolipase, protease dan endonuklease yang aktif. Peroksidaan lemak meningkat telah dikaitkan dengan proses penuaan diikuti dengan pengaruh enzim yang detoksifikasikan. Kedut terdapat pada kulit terjadi akibat pendedahan jangka panjang kepada kerosakan pengoksidaan dari cahaya ultra ungu yang menghasilkan radikal bebas. Tindakbalas berantai berhubungkait dengan proses penuaan dapat dielakkan dengan memakan buah-buahan atau sayuran segar atau suplemen dengan bahan anti pengoksidaan.
APA ITU PENGOKSIDAAN & ANTI-OKSIDA?
Secara semula jadi, badan kita memerlukan proses PENGOKSIDAAN untuk:
- menguraikan makanan
- pernafasan &
- penuaan (menggantikan sel2 mati).
Kita memang tidak boleh lari dari mengalami proses pengoksidaan.
Kesan sampingan dari proses PENGOKSIDAAN adalah penghasilan "RADIKAL BEBAS" (FREE RADICAL). *Radikal bebas adalah atom, molekul yg sangat aktif & tidak stabil.
RADIKAL BEBAS amat merbahaya. Ianya akan merosakkan sel2 yg berhampiran. Kerosakkan yg dibawanya boleh membunuh sel2 lain dan dipercayai akan mempercepatkan pertumbuhan KANSER, penyakit KARDIOVASKULAR & penyakit yang berkaitan dengan PENUAAN (tua sebelum masanya).
Kerana ianya:
- merosakkan membran2 sel & protin.
- mengganggu proses2 yg penting dalam badan.
- membentuk sel2 mutan.
RADIKAL BEBAS juga terbentuk dari banyak faktor.
Dari faktor LUARAN & DALAMAN.
Antara faktor LUARAN adalah:
- Dari Pemakanan kita seharian:
* yang tidak seimbang,
* keracunan (buah, sayur)
* bahan pewarna.
* makanan segera dll.
- Bahan2 pencemar yg wujud dalam udara.
RADIASI.
- termasuk radiasi elektromagnetik yg terhasil dari alat2 elektrik spt Handphone.
- Terdedah kpd sinaran matahari yang berlebihan.
- Merokok & perokok pasif.
- Alkohol & ubat2an.
Antara faktor DALAMAN adalah:
- Keupayaan sistem pertahanan tubuh (anti-body).
- Tekanan perasaan (stress).
- Bersenam terlampau kuat.
- Proses badan yg semulajadi (proses pengoksidaan).
Anti-oksida diperlukan untuk mengawal RADIKAL BEBAS ini.
Secara semula jadi, kita mendapat ANTI-OKSIDA dari buah2an & sayur2an.
Dengan penambahan faktor2 LUARAN & DALAMAN, maka kita perlukan TAMBAHAN ANTI-OKSIDA.
No comments:
Post a Comment